Jenis-Jenis Bantuan

Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah

Bantuan Am

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Am

  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah.
  • Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.
  • Semua salinan dokumen yang diperlukan hendaklah DISAHKAN BENAR (Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kumpulan A / JKKK / Ketua Kampung ).

Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah seperti yang berikut :

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2. Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan / Akuan Sumpah Pendapatan (Pemohon/Pasangan)
3. Salinan Penyata Bank Pemohon (Pemohon)
4. Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan)
5. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan)
6. Salinan Surat Pengesahan dari Hospital, Kad Temujanji Hospital, Kad OKU (jika berkenaan)
7. Salinan Laporan Polis/Balai Bomba dan Penyelamat/Pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Ketua Kampung (Jika berkenaan)

Bantuan Awal Pendidikan

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Awal Pendidikan

  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dan beragama islam.
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.
  • Tarikh permohonan diterima tidak melebihi dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran belajar dikeluarkan.
  • Pengajian Sepenuh Masa sahaja.
  • Terbuka kepada semua bidang pengajian.
  • Terbuka kepada pelajar IPTA dan IPTS peringkat Sijil/Sijil Kemahiran/Asasi/Matrikulasi, Politeknik, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Tradisi.
  • Perlu mempunyai perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah sebanya di bawah RM3,000.00 sebulan.
  • Sekiranya pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM3,001.00 hingga RM6,000.00 dan mempunyai tanggungan empat (4) orang dan ke atas, permohonan boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.
  • Semua salinan dokumen hendaklah DISAHKAN BENAR (Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kumpulan A / JKK / Ketua Kampung).

Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah seperti yang berikut :

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2. Salinan Kad Pengenalan (Ibu dan Bapa/Penjaga)
3. Salinan Sijil Lahir Pemohon
4. Salinan Sijil Lahir (Ibu dan Bapa/Penjaga)
5. Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan/Akuan Sumpah Pendapatan
6. Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan/Akuan Sumpah Pendapatan
7. Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan dari Pusat Pengajian
8. Salinan Penyata Bank Pemohon (Pemohon)
9. Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan)
10. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan)

BANTUAN MASJID/SURAU/INSTITUSI

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Masjid/Surau/Institusi

  • Masjid/Surau hendaklah BERDAFTAR di bawah MUIS/JHEAINS.
  • Masjid/Surau/Institusi hendaklah mempunyai AKAUN BANK.
  • Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.
  • Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah seperti yang berikut :

1. Surat Permohonan Bantuan/Kertas Kerja Program & Profil Lengkap Organisasi
2. Salinan Sijil Pendaftaran
3. Salinan Penyata Bank Organisasi